seismik

[VIDEO] "Dah Macam Poket Doraemon!" - Wanita Sumbat Satu Bakul Barang Curi Dalam Seluar

Macam mana boleh muat semua dalam seluar dia? Pelik!

Cover image via @thepigprint (Twitter)

Pasar raya adalah tempat yang sering menjadi tumpuan untuk pencuri melakukan perbuatan jahat mereka

Mereka fikir pasar raya itu besar dan mudah untuk mereka mencuri barang tanpa dilihat sesiapa. Tetapi tidakkah mereka tahu bahawa setiap pasar raya mempunyai sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV)?

Namun, ada sesetengah pencuri sudah biasa dengan pelbagai helah yang kreatif untuk memastikan mereka tidak ditangkap dan kadangkala memang ramai yang terlepas.

Lain pula dengan video yang tular di laman Twitter ini apabila seorang wanita ditahan setelah dia mencuri satu bakul barang di sebuah pasar raya.

Lihat video penuh di bawah:

Namun apa yang membuatkan ramai pelik adalah bagaimana dia menyorokkan kesemua barang yang dicuri itu dalam pakaiannya

Menerusi video berdurasi hampir 2 minit itu, wanita itu yang kantoi mencuri dilihat sedang ditahan oleh seorang pengawal keselamatan wanita.

Pengawal itu sedang mengeluarkan barang-barang yang dicuri oleh wanita tersebut dengan menyeluk ke dalam seluar dan bajunya.

Apa yang membuatkan ramai menggaru kepala apabila pengawal itu mengeluarkan pelbagai barang dalam pakaian wanita itu yang tidak habis-habis seolah-olah seperti poket Doraemon ajaib.

Barang-barang yang dicuri pula bukannya kecil, tetapi besar-besar! Hebat sungguh wanita ini mencuri. Tetapi akhirnya kantoi dan ditahan juga.

"Barang sendiri pun tak muat letak dalam beg, macam mana boleh letak semua barang dalam seluar? Sis I'm amazed" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih hampir 150k views dan 9.7k likes di Twitter, rata-rata netizen hairan melihat bagaimana semua barang-barang curi itu muat dalam pakaian wanita tersebut.

Antara komen menarik daripada netizen:

First time tengok pencuri simpan semua barang dalam seluar. Dia ingat boleh lepas agaknya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: