Suhu Ekstrem Bawah Beku, Semakin Ramai Rakyat Malaysia Berani Bercuti Ke Antartika
Suhu negatif bukan penghalang untuk melancong ke sana.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Antartika bukanlah satu destinasi pilihan buat warga Malaysia untuk pergi bercuti
Tetapi kini, terdapat beberapa rakyat Malaysia yang menyahut cabaran untuk bercuti di salah satu tempat paling terpencil dalam dunia.
Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, Pengarah Komersial Kanan Antartica21, Juan Cristobal del Pedregal Bravo mengatakan lebih kurang 300 rakyat Malaysia pergi bercuti ke Antartika terutamanya pada bulan November hingga Mac.

Malah pelancong Malaysia berumur 50 hingga 70 tahun juga ada menyertai lawatan ke Antartika.
Antartika adalah salah satu destinasi mewah kerana satu pakej cruise berharga dalam lingkungan RM25,000 hingga RM60,000 seorang. Program dengan penerbangan pula boleh mencecah RM90,000.

Perjalanan ke Antartika kini lebih mudah
Antara perubahan yang pelancong lalui adalah perjalanan ke Antartika kini lebih mudah.
Sudah berdekad, setiap pelancong yang mahu ke sana perlu menaiki kapal dari Ushuaia, Argentina dan perlu meredah Drake Passage yang terkenal dengan laut yang sangat bergelora. Masa diperlukan untuk melepasi tempat ini boleh memakan masa sehingga dua hari.
Kini pelancong boleh terbang dari Punta Arenas, Chile ke King George Island dalam masa dua jam sahaja tanpa melalui jalan laut.

Keadaan laut di Drake Passage.
Image via Story At Every CornerMenurut del Pedregal Bravo, pelancong beragama Islam juga boleh pergi dimana semua keperluan seperti makanan halal akan ada termasuk kepentingan lain supaya mencukupi.
Zalifah Zakaria, 50, salah seorang pelancong ke Antartika pada Januari lepas mengatakan percutian itu lain daripada yang lain.
"Saya telah melihat hampir semua benda dalam dunia ini, tetapi pengalaman dan kecantikan Antartika sangat mengujakan dna mengubah semula pandangan saya terhadap Bumi,
"Masa itu, saya memang rasa ingin tahu dan tidak tahu apa yang boleh dijangka di sana, lawatan itu memperkenalkan saya kepada haiwan dan hidupan marin yang tenang, ia mengajar saya untuk memperlahankan rentak hidup, jauh berbeza daripada kesibukan kehidupan di kota," katanya.
Zalifah mengakui jelajah ini sangat mahal tetapi pengalamannya sangat berharga.

Untuk warga Malaysia, Artartika bukanlah satu tempat yang tidak pernah didengari. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir merupakan wanita pertama Malaysia dan Asia yang merentasi Antartika secara solo.
Benua besar sejuk beku itu telah menjadi salah satu destinasi untuk pengalaman sekali dalam hidup buat orang yang mahukan kelainan, ketenangan dan cabaran.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via