seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Excited Ingat Dapat Hadiah 'Kerusi Gaming', Tapi Lain Pula Yang Sampai

Alamak frustnya, tapi reaction dia kelakar!

Cover image via @edysport_ (TikTok)

Pasti kita sudah biasa mendengar kes beli barang online tapi selalu dapat tidak sama macam apa yang ditunjukkan oleh penjual

Oleh kerana membeli secara online lebih cepat dan mudah, ramai yang 'tutup mata' saja dengan kes-kes ditipu penjual seperti itu.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki apabila videonya tular di TikTok baru-baru ini. Dia dikatakan mendapat hadiah kerusi gaming daripada seseorang dan sempat merakam videonya semasa unboxing kerusi tersebut.

Tetapi apa yang menimbulkan dekah ramai apabila ada plot twist di hujung videonya itu. Lihat video penuh tersebut di bawah:

Ingatkan dapat kerusi gaming, rupa-rupanya kerusi makmal komputer

Menerusi video berdurasi 37 saat itu, kelihatan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Edy Sport menunjukkan reaksi gembiranya ketika kerusi gaming itu tiba.

Gara-gara terlalu seronok, Edy siap menari ditepi kotak besar yang kononnya ada kerusi gaming tersebut dan mengeluarkan satu persatu bahagian kerusi untuk dipasang.

Namun di akhir video, riak muka Edy bertukar apabila dia mula mengesan sesuatu yang tidak kena dan baru dia perasan bahawa kerusi gaming berwarna biru yang disangkanya dapat sebagai hadiah itu rupa-rupanya adalah kerusi makmal komputer.

"Baru nak tumpang gembira, aku rasa sedih dan kelakar at the same time. Sorry lah bang saya tergelak!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video Edy telah mendapat 513.9k views, 40.7k likes dan 383 comments di TikTok. Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan reaksi Edy yang mengundang dekah itu.

Mereka tidak dapat menafikan video itu agak sedih kerana Edy telah di'scam' oleh pemberi hadiah tersebut, tetapi majoriti mereka tergelak kerana muka Edy yang pada mulanya sangat excited terus berubah sebab kecewa.

Antara komen-komen menarik daripada warganet di TikTok:

Orang kata jangan suka sangat nanti menangis. Bertabah ya bro :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: