Gara-Gara Gambar ‘Mak Long Tiger', Anak Wanita Ini Terus Tak Jadi Main Buka Tutup Peti Ais
"Rimau pun menangis tengok ni" - Netizen.
Bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, pasti pernah menghadapi telatah nakal mereka yang kadangkala membuatkan kita pening kepala bukan?
Nak salahkan anak-anak pun tidak boleh kerana lumrahnya mereka memang ada sifat nakal itu lebih-lebih lagi semasa sedang membesar. Macam-macam benda yang nak dicuba.
Sama juga seperti perkongsian ini yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Syera Akarton di group Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini? baru-baru ini.
Menurutnya, dia sudah surrender melayan anak-anaknya yang selalu main buka tutup pintu peti ais di rumah. Maka timbul idea untuk menghentikan perbuatan mereka itu dengan meletakkan gambar 'mak long' di dalam peti ais. Wow, siapa 'mak long' ini ya?
Lihat posting yang dikongsikan oleh Syera di bawah:
Letak gambar mak long seperti harimau termenung dalam peti ais berjaya menakutkan anak-anak
Menerusi kapsyen Syera di group itu, dia berkata bahawa dia terpaksa menggunakan gambar kakak sulungnya yang digelar 'mak long' memakai sheet mask bercorak harimau untuk letak di dalam peti ais.
Tujuannya adalah untuk menakutkan anak-anaknya yang sering membuka peti ais yang sudah jadi seperti hobi mereka.
"Alhamdulillah berkat gambar maklong dia. Dah 2 hari budak-budak ni tak main buka tutup pintu ais. Biar maklong kau jadi rimau. Mak dah pencen. Tak larat merimau. Biar gambar buat keje gituhh," katanya.
Apa yang lebih menghiburkan, taktik itu berjaya menakutkan anak-anak Syera dan secara tidak langsung menghentikan perbuatan nakal mereka.
Mungkin kerana harimau dikenali sebagai haiwan yang ganas membuatkan anak-anaknya takut apabila melihat gambar mak long mereka itu.
"Anak saya 2 tahun pun takut, senang kerja mak nak suap makan. Terima kasih bagi pinjam gambar" - Netizen
Susulan tularnya posting Syera yang sehingga kini mendapat 7.5k likes, 862 shares dan 749 comments di Facebook, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara dia menakutkan anak-anaknya itu.
Malah, ada yang siap meminta izin kepadanya untuk menggunakan gambar 'mak long' sebagai taktik menakutkan anak mereka dan ianya menjadi! Wow, bukan biasa-biasa ya gambar 'mak long tiger' ini.
Antara komen menarik daripada netizen di Facebook: