[VIDEO] Trend Rakam Polis Buat Roadblock Viral Di TikTok, Gadis Ini Bagi 'Teguran' Pedas
Jangan dijolok sarang tebuan.
Aplikasi TikTok merupakan medium hiburan yang paling digemari ramai pada masa kini terutamanya bagi golongan muda
Tidak dapat dinafikan lagi, sememangnya ramai yang menggunakan TikTok sebagai platform untuk membuat content menarik, namun sejak kebelakangan ini wujud satu trend dalam kalangan gadis muda yang menimbulkan kemarahan orang ramai.
Trend itu adalah dengan merakam frontliner khususnya anggota polis dan askar yang sedang menjaga roadblock. Apa yang lebih menjengkelkan adalah mereka siap menyunting video itu dengan menyelitkan lagu cinta kononnya sudah bertemu jodoh dengan 'crush' mereka.
Namun baru-baru ini tular satu video mengenai seorang gadis memberikan teguran pedas khas buat gadis-gadis di luar sana yang gemar merakam anggota polis dan askar itu.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Sakan rakam abang polis dan post video di TikTok, sekali kena sound dengan si isteri
Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Fyra Malek telah menyuarakan pendapatnya berkenaan satu video di For You Page (FYP) dan menegur tindakan seorang gadis telah yang memuat naik rakaman anggota polis semasa roadblock.
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila isteri kepada anggota polis tersebut telah meninggalkan komen sinis kepada gadis itu.
Susulan tularnya video itu, Fyra Malek sempat memberi teguran pedas buat gadis tersebut kerana merasakan tindakannya memuat naik video polis itu agak keterlaluan.
"Apa kata kau delete video tu, tak menyakitkan hati bini dia, tak menyakitkan hati netizen yang lain. So kau pun tak kena kecam. Kau delete jelah, kita ni sama-sama perempuan. Kesian dekat bini abang polis tu, Kau jangan kebulur FYP sangat," katanya.
"Bukan setakat polis je, lelaki yang lain pun jangan sesuka hati nak rakam. Ramai suami orang dekat luar sana" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video Fyra telah meraih 147.4K tontonan, 3.3K tanda suka serta 159 komen di TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa geram dengan gadis itu yang tidak menghormati relationship orang lain dan sesuka hati memuat naik video anggota polis yang sudah berstatus suami.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: