seismik

[VIDEO] Gara-Gara Urusan 'Kahwin' Asyik Tertangguh Sebab PKP, Gadis Ini Terduduk Menangis

Kesian tengok ramai pengantin lalui benda yang sama.

Cover image via @mas_amieza (TikTok)

Sejak wabak pandemik Covid-19 melanda negara, ramai bakal pengantin yang terpaksa berdepan pelbagai ujian untuk menguruskan hal perkahwinan

Seperti mana yang kita tahu, urusan untuk berkahwin bukanlah satu perkara yang senang. Ia memerlukan banyak dokumentasi dan fasa yang harus diselesaikan mengikut peringkat.

Tambahan lagi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 diperketatkan di mana tidak boleh merentas negeri, ini sudah pasti membuatkan ramai pasangan di luar sana tertekan terutama yang berjauhan untuk melalui proses perkahwinan.

Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang gadis ini apabila videonya viral di laman TikTok baru-baru ini kerana hasrat untuk berkahwin sering tertangguh gara-gara PKP.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kesian tengok kakak ipar menangis kerana hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang gadis bernama Mas Amieza, dia merasa simpati terhadap kakak iparnya yang terpaksa menangguh majlis perkahwinan disebabkan PKP yang menghalang urusannya.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan kakak iparnya menangis sehingga terduduk akibat terlalu sedih dan tidak kuat dengan dugaan yang dihadapinya.

Iyalah, siapa je yang tidak sedih dan tertekan apabila setiap kali nak selesaikan proses dokumentasi pernikahan, ada saja halangan yang datang.

Hal ini sedikit sebanyak menduga kesetiaan dan kekuatan sesebuah hubungan pasangan yang sudah bertunang.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 106.4K views, 3K likes dan 251 comments

Rata-rata netizen turut bersimpati kepada kakak ipar Mas Amieza yang kelihatan sangat kecewa di dalam video itu dan memberikan kata-kata semangat buatnya.

Mereka juga berdoa agar urusannya dipermudahkan kerana dugaan orang yang nak berkahwin sememangnya agak kuat, oleh itu kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi pihak lelaki dan perempuan.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga semua bakal pengantin di luar sana terus tabah dengan dugaan dan dipermudahkan urusan untuk berkahwin nanti.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: