[VIDEO] Lelaki Ini Nak Buat 'Kejutan' Birthday Kawan Tapi Tak Sangka Dia Pula Yang Terkena
Mesti padu bau dia tu.
Lumrah dalam persahabatan, setiap kali tibanya hari jadi salah seorang daripada kawan baik kita sudah pastinya ada saja surprise yang dirancang untuk memberikan kenangan di hari kelahiran mereka
Kebiasaannya, orang perempuan saja yang pandai membuat kejutan memberikan kek hari jadi. Bagi orang lelaki, mereka lebih suka membuat prank atau kerja gila untuk memberikan kejutan kepada kawan mereka kerana itu dianggap lebih bermakna dalam persahabatan.
Namun lain pula yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia hendak memberikan kejutan yang agak sweet pada hari jadi kawannya tetapi akhirnya dia pula yang 'terkena'.
Berikut di bawah adalah video yang dimuat naik melalui laman TikToknya:
Dah siap nyalakan lilin pada roti untuk nyanyi lagu happy birthday, sekali member terbuang angin sampai berbau satu rumah
Menerusi rakaman berkenaan, kelihatan lelaki tersebut ingin membuat surprise kepada kawannya yang menyambut ulang tahun pada hari itu.
Kebetulan kawannya ketika itu baru saja sampai di rumah dan sebaik saja dia menyalakan lilin pada roti dan menunggu kawannya membuka pintu, tiba-tiba keluar satu bunyi kentut yang panjang serta bau yang busuk.
Akibat tidak tahan dengan bau tersebut, dia automatik membuat muka bengang sambil mencarut kepada seorang lagi kawan mereka yang sedang merakam video. Malah dia siap menutup kepalanya dengan baju sebab tak tahan dengan bau kentut yang terlalu kuat.
"Dah macam suara mesin gergaji, tak pasal-pasal roti rasa kentut" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sehingga 2.6 juta tontonan, hampir 200,000 tanda suka serta 2,345 perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki itu yang spontan membuat mimik muka kelakar gara-gara menahan bau busuk kentut kawannya itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Nasib baik member sayang, kalau tak mahu dah kena tepek roti perisa kentut tu dekat muka. Terus tak jadi sambut birthday :D