seismik

[VIDEO] Viral Lelaki Ini Tengah Menari, Sekali Kawan Tak Tahan Gelak Bunyi Macam Kambing

First time tengok orang gelak macam ni. Rare!

Cover image via @anaknely (TikTok)

Siapa dekat sini yang pernah tengok orang gelak sebiji macam kambing? Atau mungkin anda sendiri yang gelak seperti itu?

Tular baru-baru ini, sebuah video lawak di laman sosial TikTok, di mana seorang lelaki telah mencuri tumpuan netizen kerana gelaknya yang rare!

Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @anaknely dan menerusi kapsyennya "memang tak boleh tahan ketawa aku, serius" telah mengundang tawa ramai.

Lihat video tersebut di bawah:

@anaknely

Memang nggk bisa nahan ketawa aku serius##fyp ##foryoupage ##fyp

DJ Remix 2020 - Zhafran_Maulana

Member baru nak mula menari, tiba-tiba tergelak bunyi kambing pula

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, kelihatan kawannya baru nak mula menari lagu yang popular di TikTok dan sebaik saja kawannya membuka langkah tarian, remaja lelaki itu tiba-tiba ketawa non-stop seperti bunyi kambing.

Mungkin dia seorang yang mudah terhibur dengan lagu tersebut kerana tariannya memerlukan gaya muka ketat sambil 'menonggekkan' punggung ke tepi.

Namun, kawannya langsung tidak menghiraukan dia dan terus menari lagu tersebut dengan selamba. Tetapi remaja lelaki itu tetap tidak dapat menahan ketawanya dan berdekah hingga ke akhir video dan sempat menendang punggung kawannya.

"Kambing aku hilang 2 hari lepas, penat cari rupanya kat sini" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 4.3 juta tontonan dan 342.7K tanda suka di TikTok. Malah ruangan komen tersebut dibanjiri hampir 3,500 komen daripada netizen.

Mereka juga terhibur dengan cara gelak remaja lelaki itu yang jarang kita dengar. Ada yang menyamakan bunyi gelaknya dengan kambing, kuda, dan siap panggil dia Shaun The Sheep!

Antara komen-komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sementara itu, lihat video baru yang dimuat naik di TikToknya di bawah:

Aduh lawak betul gelak kau dik! Memang sebijik macam kambing :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: