seismik

[VIDEO] Gelagat Remaja Lelaki Ini Pakai Towel Siap Buat Catwalk Curi Tumpuan Ramai. Lawak!

Selangor, Pahang pun boleh!

Cover image via @yemann_ (Twitter)

Kenangan bersama kawan-kawan semasa belajar terutamanya jika tinggal sebilik sememangnya meninggalkan moment yang sangat indah

Lebih-lebih lagi jika dapat kawan yang sekepala dan mudah terhibur dengan gelagat kawan yang lain. Mesti best dan confirm akan rindu bila zaman belajar bila dah habis nanti kan?

Sama juga seperti perkongsian yang tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang pengguna @yemann_ telah memuat naik video kawannya dan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh di bawah:

Member pakai towel siap buat catwalk ala-ala peserta Akademi Fantasia

Menerusi rakaman berdurasi 57 saat itu, kelihatan kawannya dengan confident menarik bagasi sambil memakai tuala dan membuat catwalk seperti dia sedang berada dalam sebuah rancangan popular satu ketika dulu iaitu Akademi Fantasia.

Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap membawa dua watak sebagai Mira dan Shahrul, sekali gus membuatkan si perakam video tidak dapat menahan ketawanya gara-gara lawak spontan yang dibuat oleh kawannya itu.

"I miss my uni life so bad, doing something stupid together" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 248.8k views, 9.7k retweets dan 15.3k likes di Twitter.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan dan automatik mengimbau kembali zaman belajar kerana rindu dengan moment mereka bersama kawan-kawan.

Antara komen-komen menarik daripada netizen di Twitter:

Alamak, rindunya kawan-kawan & zaman belajar lepas tengok video ni!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: