[VIDEO] Sakan Menari Slow-Mo TikTok, Gadis Ini 'Malu Teruk' Terbagi Mini Love Dekat Senior
Senior tu pun elok je sengih.
Aplikasi TikTok sudah menjadi medium utama untuk menunjukkan bakat tarian dan macam-macam lagi pada masa kini bagi semua golongan tidak kira remaja mahu pun orang tua
Manakan tidak, pengisian dan trend terbaru di aplikasi tersebut mampu menghiburkan orang ramai dan menghilangkan stres setelah seharian penat bekerja atau belajar.
Namun lain pula yang terjadi kepada dua orang remaja perempuan ini apabila video mereka semasa sakan menari slow-mo di TikTok telah tular baru-baru ini di laman For You Page (FYP).
Lihat video penuh itu di bawah:
Feeling-feeling menari slow-mo dengan lagu Hindustan, sekali terbagi mini love dekat senior
Menerusi video yang berdurasi 23 saat tersebut, kelihatan dua orang gadis yang merupakan pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu sedang membuat aksi cat walk di depan kelas mereka dan sempat berpusing ala-ala model secara slow-mo.
Namun di akhir video mereka terpaksa menahan malu apabila gadis yang bernama Jaja terbagi mini love kepada seorang lelaki yang dikatakan senior mereka semasa dia sedang berpusing.
Apa yang lebih menghiburkan adalah situasi lelaki itu yang kebetulan lalu di belakang mereka kena dengan lagu yang dimainkan ketika Jaja membuat pusingan tersebut.
Sebaik saja dia perasan yang lelaki itu pun tersengih melihat gelagat mereka, Jaja dengan kelam kabut pergi ke arah kawannya yang sedang merakam video tersebut sambil menahan malu.
"Aku dah berpuluh kali ulang video ni. Masalahnya mamat tu hensem weh. Memang jodoh kiriman Tuhan!" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang sehingga kini mendapat 687.5k views, 75.3k likes dan lebih 3,000 comments di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat video mereka dan ramai juga yang memuji ketampanan lelaki kiriman Tuhan tersebut.
Ramai yang siap ulang video itu berpuluh kali kerana sewaktu Jaja memberikan mini love itu sememangnya perfect timing dan mengusik Jaja bahawa itu mungkin jodohnya.
Antara komen-komen menarik daripada warganet di TikTok: