[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Budak Lelaki Ini Baca 'Nota' Jambangan Coklat Daripada Ibunya
Sebaknya tengok, tiba-tiba mata masuk habuk.
Umum sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan, aktiviti merentas negeri sama sekali tidak dibenarkan dengan tujuan mengekang wabak Covid-19 yang semakin menular
Disebabkan itu, ramai yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dan menahan rindu terutamanya kepada ibu bapa. Hanya mesej dan panggilan telefon saja yang boleh dibuat untuk mengubat rindu.
Namun, berbeza pula dengan kisah ini apabila tular satu video seorang kanak-kanak lelaki yang menerima sejambak coklat daripada ibunya telah menyentuh hati warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebak membaca kad ucapan daripada ibu dan suara mula bergetar di akhir video
Menerusi video yang berdurasi kurang dari seminit itu, kanak-kanak lelaki tersebut pada mulanya menerima jambangan coklat daripada seorang surprise planner.
Dia kemudian diminta untuk membaca nota pada kad dalam jambangan coklat itu dan apa yang membuatkan ramai sebak apabila nada suaranya bertukar sebaik saja dia membaca ayat terakhir dalam kad tersebut.
"Mama rindu Imran, belajar rajin-rajin ya. Nanti mama cuti mama balik. Mama minta maaf sebab tinggalkan..." katanya.
Kanak-kanak bernama Imran itu tidak dapat menghabiskan ayat di dalam kad kerana sebak menahan nangis dan rindu kepada ibunya.
"Part Imran suara dia berubah je dengan kita nangis sekali, sedihnya. First time aku nangis dengan video yang kurang dari seminit" - Warganet
Video sedih itu ternyata telah menyentuh hati warganet sehingga meraih 613.9K views, 84K likes dan 3K comments di TikTok.
Rata-rata mereka turut mengalirkan air mata kerana faham dengan apa yang Imran rasa apabila membaca kad ucapan daripada ibunya yang terpaksa berjauhan akibat PKP 2.0.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Ya Allah, sedihnya rasa. Semoga adik Imran terus kuat dan dapat jumpa dengan mama secepat mungkin :(