[VIDEO] Kehilangan Ayah Semasa Dikuarantin, Netizen Sebak Lihat Reaksi Tenang Adik Ini
Allah.. Semoga adik ni terus tabah dan kuat.
Baru-baru ini tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang mendapat berita pemergian ayahnya semasa sedang dikuarantin di MAEPS Serdang
Menurut sumber, ayahnya telah meninggal dunia akibat Covid-19 dan ibunya pula kini sedang berada di ICU kerana turut menghidap wabak maut itu.
Menerusi sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna di laman Twitter, kelihatan rata-rata pesakit di MAEPS Serdang dan juga petugas barisan hadapan memberikan sokongan moral dan sumbangan kilat kepada kanak-kanak lelaki itu.
Lihat video penuh di bawah:
Muka kelihatan sugul dan masih sedang memahami apa yang sedang terjadi
Kanak-kanak lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Nor kelihatan tenang ketika dia mendapat perkhabaran sedih itu, namun riak wajahnya yang nampak kosong dan sugul telah membuatkan netizen sebak.
Dia tidak berkesempatan untuk melihat jenazah ayahnya buat kali terakhir kerana masih dikuarantin di MAEPS bersama abangnya.
Warga MAEPS sempat membuat sesi bacaan Yassin secara beramai-ramai buat Allahyarham ayah dan keluarga adik Mohamad Nor.
"Allahuakbar this is so heartbreaking, I couldn't imagine how I would react if I'm in that situation" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 373,1k views, 27.1k retweets dan 22.1k likes.
Dalam pada itu, netizen turut menitipkan doa dan sokongan moral buat adik Mohamad Nor agar dia tabah menghadapi ujian berat itu. Mereka sebak dan menangis melihat keadaannya yang sugul itu.
Antara komen daripada netizen:
Semoga adik Mohamad Nor terus kuat dan tabah dengan ujian yang berlaku. Al-Fatihah untuk Allahyarham.