seismik

[VIDEO] Dikejar Anjing Semasa Hantar 'Parcel', Lelaki Ini Patah Hidung Terlanggar Motor

Allahuakbar, kesiannya brother ni.

Cover image via @asri_izham (TikTok)

Tidak dapat dinafikan lagi, sememangnya pekerjaan sebagai penghantar barang dan makanan adalah sangat penting untuk keperluan orang ramai

Hal ini terjadi kerana majoriti rakyat terpaksa duduk dan bekerja dari rumah semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di seluruh negara. Semua orang hanya menggunakan kurier untuk menghantar barang dan memesan makanan secara dalam talian.

Maka, individu yang bekerja sebagai rider adalah orang paling penting untuk menghantar barangan dan makanan ini. Namun kita juga perlu ambil tahu keselamatan dan masalah yang dihadapi mereka kerana baru-baru ini terdapat ramai rider yang mengalami kemalangan semasa bertugas.

Sama seperti apa yang berlaku kepada lelaki ini apabila videonya tular di laman aplikasi TikTok kerana mukanya cedera semasa menghantar barang di rumah customer.

Lihat video penuh itu di bawah:

@asri_izham

Tolong Lah Alert Wahai Tuan Rumah Yang Bela Anjing Tu Kesian Lah Dekat Geng Geng Courier Yang Menghantar Barang Dekat Korang TuGWS My Brother

original sound - Fatil (Kento)

Nak elak anjing semasa hantar barang, lari dan terlanggar dengan motor

Menerusi video tersebut, lelaki itu yang berkhidmat di syarikat Ninja Van telah berkongsi cerita sebenar apabila ramai yang salah anggap dia digigit oleh anjing.

Dia menjelaskan sebenarnya ketika itu dia sedang menunggu di luar rumah seorang customer dan beberapa minit selepas itu, datang seekor anjing kepadanya.

"Saya lari dan terlanggar salah satu motor yang melalui kawasan tu, tiada gigitan dari anjing tu. Saya cedera sebab terlanggar motor"

"Cuma nak nasihat even saya tak terkena gigitan anjing tu, cubalah ikat ia. Semalam saya kena, esok lusa tak tahu apa akan jadi. Susulan kejadian dihantar ke klinik berdekatan dan Hospital Selayang. Alhamdulillah everything going well. Cuma hidung patah," katanya.

Lihat sambungan video penuh di bawah:

@asri_izham

Reply to @wanmannz Mintak Tolong Share Pada Yang Lain Iye Supaya Tidak Ada Yang Salah Beri Maklumat

original sound - Asri_izham

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 4.3 juta tontonan, 289K tanda suka dan 7.8K komen daripada netizen di TikTok

Rata-rata netizen turut bersimpati ke atas nasib yang menimpa lelaki itu dan mendoakan supaya dia cepat sembuh.

Malah ada juga yang terlalu geram dengan sikap sesetengah pemilik anjing yang tidak reti jaga dan rantai haiwan peliharaan walaupun sudah tahu anjing mereka liar.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga para pemilik anjing dekat luar sana take note dan lebih peka tentang hal ni. Get well soon bro!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: