seismik

[VIDEO] Tuan Rumah Dedah Sikap 'Penyewa' Pengotor, Tinggalkan Najis & Bil Tak Berbayar

Jijiknya tengok, apa punya perangai ni.

Cover image via @ayintanx (TikTok)

Sesiapa saja yang mempunyai rumah sewa pastinya berharap supaya penyewa itu sentiasa menjaga rumah dengan keadaan baik

Namun tidak dapat dinafikan, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh tuan rumah adalah apabila terpaksa berdepan dengan penyewa yang pengotor.

Sudah pastinya tuan rumah akan berasa terkilan jika mendapat penyewa dari 'neraka'. Sama seperti gadis ini yang berkongsi rasa sedihnya dengan memuat naik video di laman TikTok baru-baru ini.

Dia mendedahkan sikap pengotor penyewa rumahnya yang pindah tanpa sebarang notis, sekali gus membuatkan dia ingin memberi pengajaran buat semua penyewa di luar sana.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@ayintanx

Nak tahu keadaan rumah bila disewa belike ##fyp

bunyi asal - ayintanx
@ayintanx

Balas kepada @emanwhuutt kalau berminat untuk part 3 sila kolej##fyp##memberipengajaranbaginaksewarumahorang!##rasasedardiri!

bunyi asal - ayintanx

Sedih melihat keadaan rumah yang kotor, siap ada tahi tikus dan lampin tak berbuang

Menerusi perkongsian daripada gadis dikenali sebagai Ayintanx, dia meluahkan rasa kecewa apabila mendapati rumah keluarganya yang disewa kepada keluarga tidak bertanggungjawab ditinggalkan dalam keadaan sangat jijik.

Bukan hanya tahi tikus dan sampah bersepah, malah penyewa itu juga tidak membayar bil air yang tertunggak sebanyak RM224.91. 

"Yang sewa tu makhluk jenis apa? Rasanya asal usul dari tong sampah sebab tu selesa macam tu. Sabar sis!" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang meraih lebih 431K views, 18.1K likes serta 300 comments di TikTok, rata-rata netizen turut berasa geram melihat keadaan rumah gadis itu yang ditinggalkan begitu saja tanpa sebarang notis.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti gadis itu iaitu mendapat penyewa bersikap pengotor sehingga membiarkan darah kucing dan paip tercabut.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai pengajaran buat semua penyewa di luar sana.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: