seismik

[VIDEO] Tinggal Anak Panas Berpeluh Dalam Kereta, Wanita Ini Beri Nasihat Untuk Ibu Bapa

Barang boleh beli, tapi nyawa tak boleh ditukar ganti.

Cover image via @ummulatika (TikTok)

Anak merupakan amanah Allah SWT kepada setiap ibu bapa dan ibarat permata yang mahal untuk dijaga

Bukan semua orang diberikan rezeki untuk mendapat zuriat dengan cepat, ada yang terpaksa berusaha dan menunggu bertahun lamanya untuk menimang cahaya mata sendiri.

Oleh itu, sebagai ibu bapa kita haruslah menjaga anak dengan sebaik mungkin lebih-lebih lagi jika berada di luar kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi sekiranya terlepas pandang walau sesaat.

Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial TikTok mengenai seorang wanita memuat naik rakaman ketika dia sedang berjalan di luar. Dia kemudian mendapati seorang kanak-kanak ditinggalkan di dalam kereta dalam keadaan panas terik dan tingkap tertutup serta pintu berkunci rapat.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ummulatika

Please jangan buat macam ni kat anak-anak kita. Nyawa tiada gantinya ##fyppp ##fyp ##stayathome ##tiktokmalaysia

mungkin hari ini esok atau nanti - anneth

Risau lihat kanak-kanak itu yang mungkin akan pengsan akibat sudah berpeluh di dalam kereta

Menerusi video yang dikongsi oleh Ummul Atika, dia ketika itu sedang berjalan ke sebuah kedai sebelum ternampak seorang kanak-kanak ditinggalkan di dalam kereta yang berkunci dan tingkap tidak dibuka.

"Tadi pergi kedai, bila dah parking perasan ada budak tengah duduk dalam kereta berkunci sorang-sorang. Tak pasang aircond, tak bukak tingkap. Ummul risau sangat sebab budak tu dah berpeluh-peluh lencun tengah terik macam ni, takut dia pengsan"

"Ummul ketuk pintu suruh dia bukak tingkap tapi mungkin dia takut. Ummul tunggu tepi tak tau nak buat apa. Nasib baik ada kereta polis lalu, terus mintak dia tengokkan adik tu. Polis buat announcement, tak lama tu mak dia datang, beli barang kat supermarket rupanya," katanya.

Ummul juga sempat meninggalkan pesanan buat semua ibu bapa di luar sana dan meminta orang ramai untuk spread awareness.

"Alhamdulillah masih ramai lagi masyarakat yang peka! Semoga Allah membalas segala kebaikan puan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 493K tontonan, 27.9K tanda suka serta 1.7K komen di TikTok.

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing berkenaan isu tersebut dan saling mengingati kepada mereka yang bergelar ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak sendirian di dalam kereta dengan keadaan berpanas sebegitu.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga perkongsian ini dapat memberikan kesedaran buat semua ibu bapa di luar sana agar lebih peka selepas ini :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: