“Dia Park Depan Pintu Bilik” - Ibu Terkejut Mainan Anak Dah Lama Lingkup Tiba-Tiba...
Okay yang ni seram!
Bagi pasangan yang ada anak kecil, mesti rumah selalu penuh dengan mainan anak sana sini kan?
Biasalah, hati ibu bapa mana yang tak cair bila setiap kali keluar bawa anak jalan-jalan, sekali dia tunjuk mainan mesti kita rasa nak beli.
Bukan apa, seronok tengok anak-anak bila bermain sambil membesar di depan mata kita. Apa salahnya spend duit sikit beli mainan untuk mereka.
Tetapi, lain pula kisah yang dikongsi seorang wanita ini di laman sosial Facebook dalam group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? baru-baru ini. Dia telah memuat naik sekeping gambar kereta mainan anaknya yang sudah lama rosak.
Seram apabila kereta mainan yang dah lama rosak tiba-tiba berbunyi sendiri dan ada di depan pintu bilik pukul 4 pagi
Menerusi posting tersebut yang mendapat lebih 920 shares dan 446 komen daripada netizen, wanita itu menceritakan moment seram tentang kereta mainan tersebut yang katanya sudah lama rosak.
"Benda alah ni dah lama tak elok sebenarnya, jenis tekan2 keluar lagu tu. Malam tadi anak yg kecik ni duk lepas geram tekan byk2 kali tapi tak bunyi dah dia pun tinggal je lah merata2..
Kisah nya pukul 4 pagi mak nak pergi tandas, elok je bukak pintu bilik benda alah ni elok berlagu. Dah lah tu dia park betul2 depan pintu. Buat taktau cecepat pergi tandas, nak masuk bilik tu ketuk kuat2 terus diam," katanya.
Rupa-rupanya, ramai juga yang pernah hadapi situasi seperti itu
Susulan tularnya posting tersebut, ada juga ibu-ibu yang turut berkongsi kisah seram pendek mereka, di mana kereta mainan anak mereka juga pernah tiba-tiba berbunyi waktu tengah malam.
Kata Farhanyy lagi, dia cuba sedapkan hati mungkin kereta mainan itu berbunyi kerana anaknya tekan-tekan malam itu. Tetapi dia pelik, kenapa kereta mainan itu mesti berbunyi pukul 4 pagi dan ada betul-betul di depan pintu biliknya.
Antara perkongsian menarik daripada netizen di Facebook: