seismik

“Macam Train To Busan!” - Barista Ini Throwback Detik Cemas Jalan Ramai-Ramai Atas Rel LRT

Siapa je tak cuak kalau tiba-tiba pintu tren terbuka tertutup dan lampu padam sendiri!

Cover image via @LILMILKSHAKES (Twitter)

Setiap orang mesti ada pengalaman unik yang tak dapat dilupakan seumur hidup

Begitu juga dengan seorang remaja lelaki yang baru-baru ini viral di Twitter selepas dia memuat naik gambar throwback 4 tahun lepas ketika dia terpaksa jalan di atas rel LRT akibat tren rosak.

Menurut sumber, kejadian itu melibatkan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang mengalami gangguan pada September 2016 sehingga semua penumpang terpaksa berjalan di atas rel.

Remaja lelaki yang kini bekerja sebagai seorang barista di sebuah kedai minuman popular itu telah memuat naik kembali gambar-gambar semasa kejadian itu di akaun Twitter peribadinya.

Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:

Kejadian itu berlaku di antara stesen Datuk Keramat dan Damai sehingga menyebabkan penumpang terperangkap selama 20 minit

Barista yang mesra dipanggil Darwisy itu sempat mengimbas kembali pengalamannya semasa berjalan di atas rel dan ketika itu umurnya 15 tahun.

"Pada masa itu saya ada pemeriksaan kesihatan, naik LRT bersama ayah dari gombak menuju ke Kerinchi. Tiba-tiba tren berhenti. Bila agak lama, ramai yang mula cemas.

Kemudian pintu tren terbuka tertutup, lampu padam sendiri. Agak panas juga suasana pada waktu itu," katanya.

Darwisy juga berkata, semua penumpang dimaklumkan perlu berjalan keluar di atas landasan sejauh 100 meter ke arah stesen terdekat.

Trauma lepas kejadian tersebut, remaja itu tidak berani naik LRT dalam masa empat ke lima bulan

Ada penumpang yang berjalan membawa payung sebab keadaan masa itu hujan. 

"Kami kena berjalan 100 meter di atas landasan. Gayat juga bila kena berjalan kat tengah tu, takut terjatuh.

Benda ni macam unik, jarang berlaku. Sekarang kalau ingat balik rasa kelakar," katanya lagi.

Disebabkan tweet itu tular, netizen tunjuk bakat edit gambar para penumpang yang terlibat jadi poster filem Train To Busan

"Bila saya post di Twitter, ramai juga yang reply. Antaranya yang turut sama terlibat dalam kejadian itu. Macam reunion balik di Twitter walaupun tak kenal," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: