[VIDEO] Viral Pemberita Tersasul Sebut Kampus Jadi ‘Pampers’ Semasa Live Undang Tawa Ramai
"Ini typo yang sangat rare!" - Netizen
Bekerja sebagai seorang pembaca berita atau pun news anchor bukanlah satu perkara yang mudah
Tambahan lagi, jika perlu bertugas secara siaran langsung di TV, sudah pastinya perasaan nervous itu ada kerana ditonton oleh beribu orang.
Malah, pasti ada saja insiden yang tidak dijangka akan berlaku seperti tersalah cakap atau tersasul perkataan yang bukan-bukan.
Begitulah yang terjadi kepada seorang pemberita RTM ini apabila dia tersalah sebut satu perkataan semasa bersiaran secara live dan telah mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak sebut kampus tapi tersasul pergi ke pampers namun muka tetap maintain confident
Menerusi video yang dimuat naik oleh pemberita itu sendiri iaitu Syairul Islam, dia ketika itu sedang bersiaran langsung di TV sambil mengupas topik tentang pelajar universiti pulang ke kampus.
Walau bagaimanapun, dia dengan tidak sengaja terlepas cakap satu perkataan yang telah membuatkan ramai ketawa besar.
Dia yang bercakap dengan agak laju ketika itu ingin menyebut perkataan kampus, namun apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila dia terlepas cakap pampers dengan riak muka yang selamba dan masih yakin.
"Kunci dia, kau jangan over nervous atau over confident! Jangan pulak yang balik kampus tu bawak pampers sekali eh," katanya.
"Tak notice kalau you tak bagitahu, tapi good job!" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video Syairul telah mendapat 25.4K views, 3K likes dan lebih 266 comments di laman Instagram milik peribadinya.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen tidak dapat menahan ketawa dan terhibur dengan aksi spontan pemberita muda berusia 22 tahun itu.
Ada yang turut memujinya kerana tidak gelak semasa live sedang berlangsung dan masih mengekalkan riak muka yang cool walaupun sudah tersalah sebut perkataan pampers.
Antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Aduhai lawak betul, yang penting dia patut dipuji sebab boleh maintain rileks dan tak gelabah masa tu. Kudos!