seismik

[VIDEO] "Aduh, Malunya Kak" - Dua Gadis Ini Terjatuh Atas Tanah Lepas Tali Buaian Terputus

Dah lah sakit, orang nampak pula tu.

Cover image via @_nryanaa00 (TikTok)

Siapa je tak suka ambil gambar di tempat cantik seperti sawah padi yang sedang menghijau bukan?

Tambahan pula kalau dapat meluangkan masa bersama kawan baik dan suka mencari port baru untuk bergambar. Tentu seronok!

Tetapi kalau kita terlalu teruja pun kadangkala boleh berlaku perkara yang tidak diingini dan memalukan diri sendiri.

Itulah yang terjadi kepada dua orang gadis ini apabila mereka terpaksa menahan malu semasa sedang syok naik buaian di sawah padi sehingga terjadi sesuatu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@_nryanaa00

PART LASTT ‼‼‼ sakit weyyy , malu lagi dahla org ramai ##fyp @nrazw4

Originalton - Emre.yavi01

Seronok naik buaian berdua dengan view sawah padi di belakang sampai tak sedar tali buaian terlucut

Menerusi video itu, dua gadis berkenaan pada mulanya sedang posing sambil naik buaian berlatar belakangkan sawah padi yang cantik menghijau.

Namun baru saja beberapa saat mereka menghayun, tali buaian itu secara tiba-tiba terlucut di bahagian gadis yang memakai baju berwarna merah.

Apa yang lebih mencuti hati adalah kawannya di sebelah sempat membuat reaksi muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku kerana tidak sedar akan kejadian tersebut.

Sejurus selepas gadis berbaju merah itu terjatuh barulah kawannya terkejut dan masing-masing menggelabah sambil menahan malu kerana diperhatikan pengunjung sekeliling.

"Patutlah ada gegaran 10.1 skala liter. Maaf tergelak tanpa sengaja" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat 323.6K tontonan, 20.8K tanda suka serta hampir 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua gadis tersebut.

Ada yang siap meminta maaf kerana tergelak, malah ada juga yang pernah mengalami situasi sama seperti mereka.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Elok-elok posing nak bergambar terus hilang mood sebab malu. Bertabahlah ya sis! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: