[VIDEO] Mengidam Nak 'Shave' Jambang Suami Sampai Licin, Lelaki Ini Terpaksa Tadah Muka
Tak pasal-pasal suami kena ya.
Lumrah bagi setiap isteri yang mengandung pasti akan mengidam nak makan macam-macam dan ada kalanya membuatkan encik suami pening kepala
Ada orang kata, kalau tak diturutkan permintaan isteri nanti apabila anak lahir air liurnya akan sentiasa meleleh kerana kempunan. Wallahualam.
Namun lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini selepas tular video di laman sosial TikTok apabila isterinya mengidam sesuatu di luar jangkaan. Apa agaknya tu ya?
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Suami pasrah bila isteri tiba-tiba mengidam nak shave jambang sampai licin
Menerusi video yang dimuat naik oleh Rizaldy Febriyansyah, dia telah menerima satu request daripada isterinya yang sedang hamil.
Kelihatan isterinya ketika itu sudah membeli alat pencukur gara-gara mengidam ingin shave jambang suaminya sehingga licin.
Dengan niat ingin membuat isteri bahagia, si suami pun pasrah menadah muka dan mengizinkan isterinya mencukur jambang serta misai pada muka.
"Ternyata makin besar perut, makin aneh ya dia mengidam," katanya.
"Nampak lagi fresh dan muda kalau macam ni bang" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 50.3K tontonan, 3.4K tanda suka dan 33 perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat video Rizaldy yang sporting melayan karenah isterinya itu. Malah, ada yang berkongsi pengalaman mengidam mereka ingin membela monyet tetapi tidak dilayan suami.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: