Gara-Gara 'Followback' Boyfriend Orang, Instafamous Ini Sampai Kena Santau. Tergamaknya!
Allahu, tak takut dosa ke?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini, tular seorang instafamous dikatakan telah disantau seseorang gara-gara isu remeh
Yana ataupun nama Instagramnya @yana.strawberry telah memuat naik satu conversation antara dua orang gadis di WhatsApp yang dipercayai telah menyantaunya hanya kerana dia followback kekasih salah seorang gadis tersebut.
Lihat posting penuh berkenaan di bawah:
Dapat direct message (DM) daripada seseorang dan terkejut rupa-rupanya dia telah disantau
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Yana sendiri, dia terkejut apabila mendapat tahu dirinya telah disantau oleh seorang gadis hanya kerana dia followback boyfriend gadis itu di Instagram.
Jika dilihat daripada conversation tersebut, gadis berkenaan seolah-olah bangga kerana dia telah berjaya menyantau Yana dan siap bergelak ketawa bersama kawannya.
"Untuk girls yang buat Yana sakit tu kalau nampak post ni or kawan awak boleh DM saya kita bincang elok-elok ya. Bukan cara macam ni awak," kata Yana.
"Sanggup santau orang demi hubungan haram yang belum pasti akan halal or bahagia. Stay strong Kak Yana!" - Warganet
Susulan tularnya kisah Yana disantau, posting yang dimuat naiknya itu telah berjaya meraih 54.4K likes dan 1.3K comments di Instagram.
Dalam pada itu, rata-rata warganet turut merasa simpati kepada Yana dan meluahkan rasa geram terhadap individu yang menyantaunya itu.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Instagram: