[VIDEO] Gagal Tahan Air Mata, Lelaki Ini Menangis Jumpa Mak Ayah Lepas 6 Bulan Latihan
Kena posting jauh pula tu, makin rindulah lepas ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita tahu, tugas polis adalah menjaga keamanan negara dan memerlukan banyak pengorbanan
Hal ini termasuklah apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam tempoh masa yang lama kerana perlu menjalani latihan terdahulu sebelum dihantar bertugas ke tempat baru.
Tidak terkecuali dengan seorang anggota polis ini apabila videonya yang tular mencuri tumpuan ramai gara-gara menangis lepas rindu berjumpa dengan mak ayah setelah enam bulan latihan.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Hanya dapat jumpa kejap dengan family lepas 6 bulan latihan sebab kena terus bertugas di Sarawak
Menerusi video yang dimuat naik oleh Zarathul Azriella, kelihatan seorang anggota polis lelaki ketika itu baru saja tamat latihan selama enam bulan.
Sebaik saja bertentang mata dengan ayah dan maknya, dia siap hentak kaki tanda hormat sebelum gagal menahan air mata akibat rindu yang teramat pada orang tuanya itu.
Apa yang lebih menyedihkan adalah background music video tersebut sesuai dengan situasi ketika mereka anak beranak berpelukan dan menangis.
Tambahan pula, sekarang masih musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ianya menyebabkan sukar untuk keluarga yang jauh merentas negeri
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.6M views, 202.5K likes, 8.7K comments dan 5.3K shares di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengalirkan air mata melihat video tersebut dan dapat bayangkan betapa bangganya ibu bapa lelaki itu melihat anaknya berjaya menjadi seorang anggota polis.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: