seismik

Tular Video Lelaki Siap Bawa Kipas Untuk Anak Di Sekolah, Ibu Ini Tampil Beri Penjelasan

Kenapa perlu kutuk? Bukan dia buat benda tak elok.

Cover image via @rosramlan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selepas saja sesi persekolahan kembali bermula, pelbagai ragam kanak-kanak yang kita dapat lihat mencuri tumpuan di media sosial

Lebih-lebih lagi bagi murid tadika dan sekolah rendah, kerana mereka masih dianggap 'baby' dan manja. Oleh itu, mereka masih mengharapkan ibu ayah untuk menyediakan apa yang mereka minta.

Tidak terkecuali dengan seorang kanak-kanak perempuan ini apabila tular videonya di TikTok gara-gara mengadu panas di sekolah sehingga membuatkan si ayah mengambil inisiatif untuk membawa kipas untuk keselesaannya belajar.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@rosramlan

Please nak, lepas ni jangan complain lagi ya. Mama risau nanti Daddy bawa sekali peti ais semua ##daddy ##myfamily ##madamrr ##fyp ##fyp

Hanya Rindu - Andmesh

Anak mengadu tak tahan panas, ayah terus bawa kipas hantar sampai dalam kelas

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang merupakan ayah kepada kanak-kanak perempuan yang digelar princess oleh ibunya sedang membawa stand fan sambil mengiringi anaknya masuk ke perkarangan sekolah.

Menurut @rosramlan, suaminya bertindak sedemikian kerana anaknya itu mengadu panas di sekolah. Maklumlah, cuaca sekarang tidak menentu dan bukan semua budak-budak boleh tahan panas. 

Tambahan pula, ibunya ada memberitahu bahawa si kecil itu mudah naik ruam di badan, jadi tidak hairanlah mengapa ayahnya risau sehingga sanggup membawa kipas demi keselesaan si anak di sekolah.

"Pengorbanan seorang ayah, always want to be the best for anak dia" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 2.7 juta tontonan, 198.6K tanda suka serta 6.2K shares di TikTok, ayah kanak-kanak itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang mengutuknya kerana terlalu manjakan anak dan berkata bukan hanya anaknya saja yang berpanas, budak-budak lain pun sama.

Walau bagaimanapun, ramai yang memuji serta menyokong tindakan lelaki itu yang caring dan sanggup berkorban demi anak tersayang.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ayah mana yang tak sayangkan anak kan? Kalau itu yang terbaik untuk anak dia, why not? :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: