seismik

Rakam Video Excited Nak Jumpa Kawan, Sekali Gadis Ini Terciduk Malu Salah Masuk Kereta

Alamak! Malu tujuh keturunan ni.

Cover image via @sayangkitaputusya (TikTok)

Siapa saja yang tak rasa excited bila nak keluar jalan-jalan dengan kawan bukan?

Tambahan lagi, kalau dah lama tak jumpa, mesti rasa excited tu membuak-buak. Zaman sekarang pula, tak sah kalau tak record story di Instagram setiap kali jumpa kawan lama.

Tetapi, lain pula dengan situasi yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia terlalu seronok merakam video nak masuk ke dalam kereta kawannya sehingga membuatkan dia malu teruk.

Lihat video tersebut di bawah:

Terlalu excited nak jumpa member sampai tersalah buka pintu kereta lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh gadis bernama Octavianst, kelihatan ketika itu dia begitu teruja untuk berjumpa kawan lamanya.

Dia dengan yakin merakam video sambil berjalan ke arah sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan. Namun, dia terkejut sebaik saja membuka pintu kereta tersebut ternampak orang lain yang berada di dalamnya.

Lelaki yang berada di dalam kereta itu turut menunjukkan reaksi terkejut kerana dia tidak menyangka gadis itu tersilap kereta.

Akibat malu dengan kejadian berkenaan, gadis itu pantas menutup pintu kereta tersebut dengan agak kuat dan berlari ke arah kereta kawannya.

Malah, kawannya itu juga perasan dia tersilap masuk kereta dan mentertawakan gadis berkenaan sambil berkata "kau masuk ke mana bodoh?"

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 2.7 juta views, 423.2K likes serta 4.8K shares di TikTok:

Rata-rata warganet terhibur dan ada yang turut merasa malu melihat gadis itu tersilap masuk kereta orang lain.

Mungkin ramai yang dapat relate kerana kejadian memalukan itu sering juga terjadi kepada diri mereka sendiri.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Itulah, lain kali jangan excited sangat, kan dah dapat malu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: