seismik

Duduk Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Menangis Dah Penat Masak Tapi Lauk Pula Kena Buang

At least jamahlah sikit.

Cover image via @deknana222 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tinggal serumah dengan mentua adalah perkara yang paling digeruni oleh menantu terutamanya bagi perempuan

Hal ini menyebabkan sesetengah lelaki sudah mencari rumah sendiri terlebih dulu sebelum berkahwin kerana tidak mahu isteri merasa tidak selesa apabila duduk serumah dengan keluarga mentua.

Walaupun mendapat keluarga mentua yang baik, namun itu tidak menjanjikan kita sentiasa bahagia. Lebih-lebih lagi kalau nak bermanja dan meluangkan masa bersama suami pun terhad kerana risau setiap gerak geri diperhati.

Sama seperti apa yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila mendapat dugaan berat ketika duduk serumah dengan mentuanya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Lepas ambil wudhu tengok periuk dah kosong, rupa-rupanya lauk yang dimasak kena buang dengan mak mentua

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita bernama Dek Nana di laman TikTok milik peribadinya, kelihatan dia sedang menangis sambil mengesat air mata kerana masakannya tidak dihargai oleh mak mentua.

"Pagi tadi aku masak sayur, tengahari aku buka masih banyak lauknya. Lepas wudhu' aku tengok periuk dah ada dalam singki dan kosong. Bila aku check, rupa-rupanya sayur tu dibuang, padahal masih banyak"

"Benda ni jadi lepas anak perempuan dia balik, lepas tu menjerit suruh anak dia masak sayur. Masakan aku selalu dibuang, kalau tak nak makan tak apa biar aku makan sendiri. Kan dah membazir," katanya.

"Jangan sedih sis. Kekuatan seorang wanita mampu atasi segalanya dengan aura positif" - Netizen

Susulan tularnya video wanita itu yang kini meraih 1.2 juta tontonan, 29.7K tanda suka dan 4K komen, rata-rata netizen turut merasa simpati kepadanya dan memberikan kata-kata semangat agar dia terus kuat dengan dugaan yang dihadapinya.

Ada juga yang bersyukur kerana mendapat mak mentua baik dan melayan seperti keluarga kandung mereka sendiri.

Antara komen daripada netizen di TikTok:

Sebab itulah orang kata kalau boleh bila dah kahwin, duduklah berasingan dengan parents supaya tak jadi perkara macam ni :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: