[VIDEO] Gadis Ini Dah 'Melantak' Separuh Pinggan, Rupa-Rupanya Tersilap Masuk Majlis Orang
Malu teruk ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sejak kerajaan mengumumkan majlis perkahwinan dibenarkan semula, sudah pasti ramai di antara kita menerima banyak undangan daripada kawan-kawan bukan?
Namun, pernahkah anda tersilap datang ke majlis kahwin orang lain dan hanya menyedari perkara tersebut selepas sudah selesai makan nasi kenduri?
Perkara itu terjadi kepada seorang gadis ini apabila tular videonya di TikTok tersalah masuk ke majlis orang lain yang disangka kawannya sendiri.
Lihat video penuh berkenaan di bawah:
Confident masuk majlis orang lain siap dah makan nasi separuh pinggan
Menerusi video yang dimuat naik oleh Maria Asren dengan kapsyen "macam mana boleh pergi salah wedding eh?", dia pada awalnya telah datang ke sebuah majlis perkahwinan.
"Benda paling kelakar harini aku pergi salah kenduri orang, ingatkan kenduri member. Sebab member nak sangat gambar, aku pun dengan yakin nak pergi dekat pelamin. Sekali tengok, bukan member!"
"Part paling kelakar member dah makan setengah pinggan tapi salah wedding. Minta maaf tuan rumah, saya salah pergi, saya hulur duit dan pergi ke wedding lain. Malunya Ya Allah," katanya.
"Ini orang panggil rezeki, hadap je la. Hahaha serious kelakar!" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 814.5K views, 63.5K likes dan 551 shares di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur dan dapat relate dengan video berkenaan kerana ramai di antara mereka juga pernah mengalami situasi yang sama seperti Maria.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: