seismik

"Jerit Satu Office" - Kawan Saja Sakat Bagi Kucing, Tak Sangka Wanita Ini Ada Ailurophobia

Bahaya juga kan.

Cover image via @tasyapunyerrr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing merupakan haiwan kegemaran ramai kerana ia antara haiwan yang sangat manja dan comel

Namun, tahukah anda sebenarnya ramai di luar sana takutkan kucing dan penyakit itu disebut sebagai Ailurophobia.

Ia menggambarkan ketakutan yang kuat terhadap kucing yang cukup menyebabkan panik atau kegelisahan ketika berada di sekitar haiwan itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita disakat oleh kawannya yang ingin memberikan kucing mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menjerit satu office gara-gara takut sangat dengan kucing

Menerusi perkongsian video daripada @tasyapunyerrr, kelihatan wanita itu sedang berada di mejanya dalam pejabat.

Namun, kawannya tiba-tiba datang dan menyakat ingin memberikan seekor kucing berwarna oren  kepadanya.

Disebabkan terlalu takut dengan haiwan itu, wanita berkenaan pantas menjerit sekuat sambil dan menutup mukanya. Akan tetapi, kawannya itu masih tidak puas dan tetap menyakatkan berulang kali.

"Kalau kena kat aku, aku capai barang apa yang ada time tu pastu balik" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat 68K tontonan, 2K tanda suka dan 304 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka masing-masing selepas melihat reaksi wanita itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baiklah tuan badan okay je kena kacau, mungkin diaorang dah biasa bergurau macam tu :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: