seismik

[VIDEO] Lawan Siapa Gelak Dulu, Telatah Yaya Siap 'Jeling' Camera Buat Ramai Naik Geram

Bukan main tajam lagi jelingan dia tu ya.

Cover image via @aisyahmhtr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak kenal dengan si kecil yang semakin popular di TikTok iaitu adik Yaya bukan?

Telatahnya yang comel dan cerdik sudah pasti akan membuatkan sesiapa saja cair melihatnya. Bukan saja petah bercakap, malah Yaya juga dikatakan matang kerana didikan ayah dan ibunya yang bagus.

Baru-baru ini, tular lagi sebuah video di TikTok semasa Yaya sedang live bersama ayahnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aisyahmhtr

Kenapa cute sangaaaat, thank you @yaya_translator sebab buat aunty uncle gelak

original sound - Aisyah

Lawan tahan gelak dengan ayah, siap bagi jelingan 'maut'

Menerusi perkongsian video daripada @aisyahmhtr, kelihatan Yaya dan ayahnya sedang membuat live di TikTok sambil diperhatikan oleh 1,500 viewers.

Apa yang menghiburkan adalah dia dilihat bermain game tahan gelak bersama ayahnya. Dia sempat menjeling ke arah kamera konon ingin memerhati jika viewersnya juga tergelak.

"Yaya gelak ka? Abi gelak ka? Yaya ka gelak? Aunty uncle ka?" katanya tidak berhenti. Akhirnya, ayah Yaya tidak dapat menahan ketawa kerana terbaca komen-komen lucu daripada viewers mereka dan terhibur dengan gelagat Yaya.

"Fine-fine uncle gelak, malas lah main macam ni. Yaya tak pernah tak hiburkan orang, aunty uncle kalah!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 2.7M tontonan, 295K tanda suka serta 16.9K perkongsian di laman TikTok.

Ternyata, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan dan kelakar Yaya itu. Malah, ada yang mengharapkan satu hari nanti anak mereka cerdik macam Yaya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Geram je tengok dia cakap macam orang besar dengan loghat Kedah tu, Yaya comel! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: