seismik

"Kurus Sangat Ni" - Melayang Kena Tiup Angin, Gadis Tak Tentu Arah Kena Gelak Dengan Kawan

Kurusnya 36KG!

Cover image via @leddafieka (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki badan yang kurus adalah idaman setiap wanita di luar sana

Bukan saja dapat memakai baju yang cantik-cantik, malah ia juga tidak membebankan kita dengan isu berat badan.

Namun, sebenarnya orang kurus juga mempunyai masalah lain kerana terlalu ringan dan mudah hilang keseimbangan badan apabila ditiup angin.

Sama seperti sebauh video viral ini apabila seorang gadis diketawakan oleh kawan-kawannya kerana 'melayang' ditiup angin mencuri perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@leddafieka

Reply to @sleepytinkerbell berat 36 melayang la angin kuat sangat

original sound - Fiekachu

Tengah syok berpiknik ramai-ramai, sekali melayang sorang-sorang kena tiup angin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @leddafieka dengan kapsyen "berat 36 melayang la angin kuat sangat", kelihatan sekumpulan gadis sedang berkelah di pantai beramai-ramai.

Namun akibat angin yang terlalu kencang, ia menyebabkan salah seorang daripada mereka dilihat tidak dapat mengimbangkan badan kerana terlalu kurus.

Rakaman itu juga menunjukkan dia melayang-layang dan berpusing gara-gara ditiup angin kuat di situ. Manakala yang lain pula tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mentertawakannya.

"The real kurus tumbang kena tiup angin hahaha. Berat 36kg pun dah melayang, apatah lagi saya yang berat 31kg ni" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 400.6K tontonan, 41K tanda suka dan 869 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gadis itu yang terbang ditiup angin.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Jahat tau kawan-kawan dia bukan nak tolong, biarkan je member tu melayang. Tapi sorrylah tergelak juga ni :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: