seismik

"Terpaksa Sepak" - Tak Khusyuk Solat Dengan Kawan, Video Gadis Ini Buat Ramai Boleh Relate

Nak pula kalau dapat member jenis mudah terhibur, lagilah tak khusyuk!

Cover image via @sassyfqah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah dalam persahabatan, bergurau senda itu sememangnya dapat menguatkan lagi ikatan dengan kawan

Kadangkala, ia terbawa-bawa sampai ke waktu yang tidak sesuai untuk kita bergelak ketawa. Namun, rasa terhibur itu pasti akan membuatkan kita sukar untuk berada dalam keadaan yang serius.

Sama seperti sebuah video ini apabila gelagat dua sekawan tidak khusyuk untuk solat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sassyfqah

Auto solat lepas kena marah dengan mak member‍korang tgok ah sampai [email protected] ##fy ##fyp ##friends ##fypdongggggggg ##fypviral

original sound - Sassyfqah

Banyak kali tergelak tak boleh fokus solat sampai kena lempang member

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sassyfqah, kelihatan dua orang gadis itu ingin mendirikan solat bersama-sama.

Tetapi, mereka tidak dapat khusyuk kerana asyik tergelak mungkin teringatkan sesuatu tragedi. Lebih menghiburkan lagi, apabila sudah tiga kali mereka ketawa, salah seorang meminta kawannya untuk menampar pipinya supaya berhenti gelak.

Namun, akibat bunyi tamparan yang kuat mereka berdua akhirnya tergelak juga kerana terhibur dengan diri masing-masing.

"Paling sakit bila dah rakaat terakhir lepas tu kawan kacau" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 389.3K tontonan, 49.3K tanda suka serta 3.3K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan ramai yang dapat relate dengan situasi berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tipulah kalau korang tak pernah jadi macam ni bila solat dengan kawan kan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: