seismik

[VIDEO] Gadis Ini Kongsi Rakaman Travel Dengan Kawan, Tapi Gambar Last Yang Dapat Tumpuan

Tak pernah dibuat orang, lawaklah!

Cover image via @sug4rcand3 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, percutian bersama kawan-kawan adalah momen yang sangat menyeronokkan

Tambahan lagi, kini industri pelancongan sudah pun dibuka sedikit demi sedikit. Meskipun kita belum dibenarkan untuk travel ke luar negara, dapat bercuti di dalam Malaysia pun sudah memadai.

Namun, lain pula yang jadi di dalam video ini apabila seorang gadis menunjukkan gambar-gambar percutian bersama kawannya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tayang OOTD dekat pantai, gambar terakhir pula curi tumpuan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sug4rcand3 dengan kapsyen "Alhamdulillah, done holiday dengan bestie", kelihatan dia berkongsi beberapa keping gambar percutiannya bersama kawan-kawan.

Apa yang menghiburkan adalah, rupa-rupanya kesemua gambar tersebut sebenarnya hanyalah suntingan semata-mata dan dia menggunakan background picture yang dimuat naik melalui aplikasi Pinterest.

Paling melucukan, gambar terakhir pula menunjukkan gadis itu selamba duduk di atas penyu dalam laut sambil memakai baju dan skirt saja. Perkara itu membuatkan ramai tersedar yang semua gambar itu telah disunting.

"I really thought this is real until I saw the last picture haha creative sungguh sis!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 134.9K tontonan, 25.2K tanda suka dan 963 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gambar-gambar yang disunting oleh gadis tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain macam dia edit gambar-gambar travel ya, sekali tengok memang hampir percaya! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: