[VIDEO] Pening Melayan, Lelaki Ini Pasrah Isteri Hamil Mengidam Nak Bau Jalan Tar. Alamak!
Kalau mengidam ni memang pelik-pelik ya?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Normal bagi wanita mengandung, sudah pasti ada masanya mereka akan mengidam sesuatu yang pelik bukan?
Sebenarnya, perkara itu bukanlah dibuat-buat. Ia sebenarnya spontan terjadi apabila seseorang itu hamil dan teringin untuk cuba atau makan sesuatu.
Sama seperti video ini memaparkan seorang lelaki pasrah mencari orang sedang menurap jalan tar kerana ingin memenuhi kehendak isterinya yang sedang mengandung.
Lihat video penuh itu di bawah:
Khusyuk bau jalan tar, suami layankan saja isteri mengidam
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nazirrkatimon, kelihatan lelaki itu sedang berada di dalam kereta bersama isterinya di tepi jalan.
Apa yang membuatkan dia naik pening adalah isterinya yang sedang mengandung anak kedua mereka tiba-tiba mengidam ingin bau tar.
Nak tak nak, si suami ikutkan saja dan gigih mencari pekerja yang sedang menurap tar di jalan. Isterinya dilihat sangat gembira membuka tingkap dan menghirup bau tar itu dan membuatkan lelaki itu tergelak.
"Mesti nama anak nanti Tarmizi? Risau bang, nasib baik dia tak mengidam bau gam haha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mendapat 335K views, 37.7K likes dan 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat isterinya itu.
Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman pelik mereka yang mengidam bukan-bukan semasa mengandung.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Macam-macam ya perangai ibu mengandung ni, suami kenalah layankan kalau tak nanti meleleh je air liur anak :P