seismik

Membebel Sebelum Tidur Suruh Simpan Duit, Voice Note Kanak-Kanak Ini Undang Tawa Ramai

Kecik-kecik dah pandai membebel ya dik.

Cover image via @iliayuni_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak yang petah bercakap sememangnya boleh menceriakan hari-hari kita, betul tak?

Tambahan pula jika mereka sudah mula pandai membebel seperti orang dewasa dan memberikan nasihat kepada orang yang lebih tua, pasti kita pun akan terdiam mendengarnya.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan membebel di dalam voice note WhatsApp telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@iliayuni_

Reply to @dylayasir nah yg penting, nak tidur jgn lupa baca doa!

annur bebel sebelum tidur - Ili Ayuni

Membebel suruh semua tidur dan jangan main telefon, siap suruh simpan duit beli mainan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @iliayuni_, kelihatan kanak-kanak itu menghantar beberapa voice note di dalam group WhatsApp keluarganya.

Suaranya yang comel sambil membebel kepada semua orang di dalam itu saling tidak ubah seperti perangai mak-mak di luar sana.

Antara bebelannya adalah menasihati agar tidak bermain TikTok, game PUBG, dan juga jangan asyik tengok emas saja. Lebih menghiburkan, dia menyuruh mak longnya menyimpan duit untuk membelikannya mainan dan susu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah meraih 869.3K views, 93.3K likes dan 4.8K shares di TikTok

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar voice note si kecil itu yang melucukan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dengar banyak kali pun tak jemu sebab suara awak comel sangat dik! Banyakkan membebel lagi ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: