“Sketsa Petang” - Rakaman Voice Note Si Kecil Ini Minta Aiskrim Dekat Ayah Buat Ramai Cair
Comelnya suara dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ibu bapa mana je tak cair melihat telatah anak yang sudah pandai berkata-kata walaupun masih kecil bukan?
Tambahan lagi jika mereka mencuba sedaya upaya untuk bercakap seperti orang dewasa tetapi masih pelat. Apabila mereka semakin membesar, sudah tentu suara comel mereka akan dirindui oleh ibu dan ayah.
Berbeza pula dengan sebuah rakaman voice note seorang kanak-kanak perempuan ini yang mengirim aiskrim dekat ayahnya mencuri tumpuan ramai di TikTok.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Ayah lupa anak tak boleh type, tak pasal-pasal kena marah dalam voice note
Menerusi video yang dimuat naik oleh Syed Salahuddin, kelihatan anaknya itu telah menghantar kiriman voice note melalui WhatsApp.
Si kecil itu meminta ayahnya membelikan aiskrim warna-warni. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila si ayah membalas voice note itu dengan teks mesej bertanyakan anaknya nak aiskrim apa.
Lebih melucukan lagi, si kecil itu dilihat menghantar lagi satu voice note dan memarahi ayahnya suruh bercakap dan bukan tulis kerana dia masih belum boleh mengeja.
"Okay la dia minta aiskrim, anak saya order durian" - Netizen
Video tersebut ternyata berjaya mencuit hati netizen selepas mereka mendengar voice note anak beranak itu sehingga mendapat 176.5K tontonan, 20.2K tanda suka dan 1K perkongsian di laman TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: