Rider foodpanda Pening Cari Rumah, Tapi Perbualan Dengan Anak Customer Pula Raih Perhatian
Boleh pula dia tanya balik dekat abang foodpanda tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya jika kita order makanan secara online, sudah pastinya tidak akan menjadi masalah bagi penghantar makanan untuk mencari rumah kita kerana semuanya ada di dalam sistem
Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang viral di TikTok ini apabila seorang rider foodpanda tidak dapat mencari rumah pelanggannya.
Tetapi, rakaman suara perbualannya dengan anak customer di dalam telefon berjaya mencuri tumpuan warganet kerana ayat spontan daripada kanak-kanak itu membuatkan si rider foodpanda ini naik pening melayannya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Abang foodpanda pening cari rumah, sekali anak customer pula 'sembang' macam-macam
Menerusi video yang dimuat naik oleh @umaisyaaa dipercayai kakak kepada kanak-kanak perempuan itu, kedengaran rider foodpanda berkenaan sedang menelefon ibunya untuk mencari rumah mereka.
Namun, kanak-kanak itu yang mengangkat telefon kerana ibunya sedang sembahyang. Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila dia cuba memberikan petunjuk tentang lokasi rumahnya.
Walau bagaimanapun, rider foodpanda itu semakin pening dan tidak faham dengan petunjuk tersebut. Akhirnya, kanak-kanak itu bertindak keluar dan tunggu di depan pintu pagar rumahnya sehingga makanan selamat dihantar.
"Dia cakap macam rumah dia sorang ada kerusi motor bagai hahaha so cute!" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.1M tontonan, 135.6K tanda suka dan 5.6K perkongsian di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur selepas mendengar perbualan antara rider foodpanda dan kanak-kanak berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Best pula dengar dia cakap Sabah, apa-apa pun awak memang funny dik siap jawab salam hujung-hujung tu :D