seismik

"Nak Nangis Ke Tak Ni?" - Reaksi Budak Ini Kena Kacau Dengan Dancing Cactus Bikin Dekah

Dia confuse siapa yang nak nangis sebenarnya.

Cover image via @long_2726 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dancing cactus merupakan mainan paling popular dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini

Fungsi mainan itu adalah mengulang semula bunyi atau percakapan di sekelilingnya. Namun, bukan semua kanak-kanak suka akan mainan tersebut.

Ada yang menangis pada mulanya kerana takutkan dancing cactus itu. Sama seperti sebuah video viral di TikTok ini apabila reaksi seorang kanak-kanak lelaki ini yang tidak tahu ingin menangis atau tidak mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Acah-acah berani, sekali melalak bila dancing cactus tiru suara

Menerusi perkongsian video daripada Amir Zaim, kelihatan anaknya itu baru saja mendapat mainan baru dancing cactus tersebut.

Pada mulanya, si kecil itu seolah-olah berani dan rileks saja. Namun, mukanya dilihat agak confuse kerana apabila dia merengek, dancing cactus itu meniru semula suaranya.

Lebih melucukan lagi, ramai yang berkata tangisannya terbantut dan serba salah kerana asyik diganggu oleh mainan itu.

"Sakit perut aku gelak, kesian dia haha sampai ke sudah tak habis" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 807.9K views, 74.9K likes dan 2.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi si comel itu yang masih confuse.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai dik, lawaklah awak ni. Muka confuse tu main peranan betul :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: