[VIDEO] Ibu Belikan Hadiah Birthday 'Dancing Cactus' Untuk Anak, Tapi Lain Pula Yang Jadi
Menangis sungguh tu dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai ibu bapa, sudah pastinya membelikan mainan untuk anak kecil adalah aktiviti wajib bukan?
Bayi yang sedang membesar sememangnya memerlukan mainan yang dapat merangsang pemikiran dan tumbesaran mereka.
Tetapi, lain pula yang jadi kepada seorang bayi ini apabila ibunya membelikan mainan sebagai hadiah hari jadi mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menangis bila kena ejek dengan patung dancing cactus
Menerusi perkongsian video daripada @najiiiiiiha, kelihatan dia menghadiahkan patung viral dancing cactus kepada anak kecilnya sempena hari jadi.
Patung cactus itu akan mengulang semula bunyi atau percakapan di sekelilingnya. Namun, bayi comel itu mula menangis apabila ketawa kecilnya diejek oleh patung berkenaan.
Tambahan lagi, pokok cactus tersebut menari seolah-olah ia hidup membuatkan si kecil itu melalak dengan lebih kuat kerana takut akannya.
"Hahahaha this will be my top list toys for my future child" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 5.8M tontonan, 403.3K tanda suka dan 24.6K perkongsian di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat reaksi bayi itu yang takut akan pokok dancing cactus.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: