seismik

“Air Mata Loading" - Baby Ini Control Nangis Kena Marah Dengan Ibu, Last-Last Teriak Juga

Awh so cute!

Cover image via @redzuanmro (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, bayi yang masih kecil tidak faham dan jarang memberikan tindak balas jika mereka dimarahi oleh ibu dan ayah

Namun, ada sesetengah orang berkata bayi sangat sensitif jika ibu atau ayah mereka mengeluarkan ayat "amboi dia tu" atau pun "biasa dia tu".

Jika mendengar ayat sebegitu, mereka secara automatik akan menangis kerana ayat tersebut yang seolah-olah mengundang tangisan.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang bayi lelaki dimarahi oleh ibunya di kedai makan menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@redzuanmro

Bila kena marah, kita buat apa gaiss.? Kita buat2 tak nampak jela.. ##LeherManaLeher ##BibirKasiJebir ##fyp ##fypgakni

original sound - muhammad redzuan

Lama control nangis, akhirnya tewas juga bila kena sakat dengan ibu

Menerusi video yang dikongsi oleh Muhammad Redzuan, kelihatan bayi lelaki itu ditegur oleh ibunya kerana mencelupkan tangan ke dalam air minumannya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia dilihat cuba menahan air matanya dengan memalingkan kepala ke tepi seolah-olah tiada apa yang terjadi.

Namun, sebaik saja ibunya menyakat dengan berkata "biasa dia tu", bayi comel itu mula mencebikkan bibirnya beberapa kali sebelum mula menangis.

"Hahaha comel, puas ku pendam akhirnya terjurai juga" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 704.1K views, 69.2K likes dan 4.6K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah bayi itu yang comel. Malah, ramai merasa geram melihat badannya yang semangat dan tembam.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa je yang tak geram tengok dia, comel sangat buat muka cebik macam tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: