"Kuat Drama" - Gelagat Kanak-Kanak Ini Melalak Bila Si Ayah Saja Sakat Bikin Dekah Ramai
Alololo kesian dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mengusik anak semasa mereka masih kecil sememangnya sangat menggelikan hati
Kebiasaannya, para ayahlah yang suka menyakat sampai kadang-kadang boleh buat si anak menangis teruk.
Sama juga seperti sebuah video tular di TikTok ini apabila gelagat seorang lelaki sengaja mengusik anaknya sehingga menangis mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah buat-buat nangis konon sakit kaki, sekali anak kuat drama teriak lagi sakan
Menerusi video berdurasi 28 saat yang dimuat naik oleh @ayugonjeng, kelihatan suaminya sedang mengusik anak mereka yang masih kecil di meja makan.
Si ayah sengaja buat-buat menangis kononnya kaki sakit kena pijak dek anak. Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila anaknya turut menangis sakan.
"Adoiyai dekwan oit. Drama hang A+, hahaha pak pun sakan seronok kacau dekwan," tulis ibunya di kapsyen video tersebut.
Kemudian, si ayah pun memujuk semula anaknya yang menangis tidak berhenti sambil mengesat air matanya.
"Hahaha sakan bapaknya menyakat pun, kesian dekwan sedih betul dia" - Netizen
Video berkenaan kini telah mendapat sebanyak 125K views, 10.6K likes dan 283 shares di TikTok. Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu yang kuat drama.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: