seismik

Sampai Nangis Member Handphone Kena Curi, Kawan-Kawan Pula Pakat Bagi Kejutan Belikan Baru

Ini baru betul brotherhood!

Cover image via @lestaribrothers (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila borak tentang persahabatan, ada yang setuju tak kaum lelaki sebenarnya lebih sweet berbanding perempuan?

Namun, cara mereka agak kasar dan lebih banyak bercakap terus terang secara depan-depan. Berbeza pula dengan kaum perempuan yang banyak menyimpan di dalam hati dan lebih cenderung untuk mengutuk di belakang kawan.

Tetapi, lain pula yang terjadi apabila sebuah video di TikTok mencuri perhatian ramai baru-baru ini memaparkan sekumpulan lelaki membuat kejutan kepada kawan baik mereka yang kehilangan telefon bimbitnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menangis seharian handphone kena curi, kawan-kawan pakat bagi surprise belikan iPhone baru

Menerusi video yang dimuat naik oleh Lestari Brothers, kelihatan mereka baru saja membelikan telefon baru untuk kawan mereka yang dipanggil Alang.

"Handphone kawan kitaorang tadi pagi kena rembat, so kitaorang berniat nak tolong dia. Kitaorang kumpul duit ramai-ramai belikan iPhone baru untuk dia. Masalahnya dia nangis-nangis, kitaorang pun tak nak tengok dia nangis," kata salah seorang daripada mereka.

Sambung nangis sebab terharu dapat surprise daripada kawan-kawan

Apa yang menyentuh hati ramai adalah sebaik saja mereka memberikan iPhone baru itu kepada Alang, dia automatik menangis sekali lagi kerana tidak menyangka akan dapat kejutan sebegitu.

Lebih sweet lagi, dia kemudian memeluk kawan-kawannya sebagai tanda terima kasih dan menghargai pemberian mereka yang tidak dijangka itu.

"Member lelaki kalau maki-maki tu tandanya sayang. Beruntunglah bang dapat sahabat macam ni" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 1.4M tontonan, 233.9K tanda suka dan 3.7K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut tersentuh melihat friendship mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Respect dengan friendship macam ni. Semoga persahabatan korang kekal sampai bila-bila! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: