seismik

[VIDEO] Brader Ini Melatah & Menari Tepi Jalan Lepas Dengar Hon 'Tenonet' Buat Ramai Dekah

Adoi lawak, tapi bahaya tu takut dia pergi tengah jalan.

Cover image via @jebattruckers (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perbuatan melatah sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita

Ada orang melatah tidak teruk, tetapi bagi mereka yang kuat melatah sudah pasti sering disakat kawan-kawan atau keluarga.

Walaupun kita seronok menyakat mereka yang kuat melatah ini, namun ia juga sebenarnya mendatangkan risiko dan boleh membahayakan nyawa orang sekeliling terutamanya jika mereka memegang objek tajam atau berada di tepi jalan raya.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki mencuri tumpuan ramai gara-gara melatah dan menari di tepi jalan selepas mendengar bunyi hon lori yang kuat.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@jebattruckers

Ko joget apa haa @l3man_k370m

bunyi asal -

Member saja sakat tekan hon 'tenonet' sampai menari tepi jalan raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jebattruckers, kelihatan lelaki itu berhenti di tepi jalan untuk memberikan dokumen kepada kawannya yang merupakan pemandu lori dan juga si perakam.

Namun apa yang menghiburkan adalah apabila sebaik saja dia keluar daripada keretanya, si perakam dengan sengaja membunyikan hon bernada dengan kuat sehingga membuatkan lelaki itu melatah teruk.

Dia pada mulanya jalan melompat di tepi jalan sambil mengipas kertas di depannya. Kemudian, si perakam sekali lagi membunyikan hon 'tenonet' dan lelaki itu membuka langkah menari dan menghinjutkan badannya semasa menuju ke kereta.

"Hahaha aib betul! Sorry terauto gelak, pastu saja ulang banyak kali bagi dia penat" - Warganet

Ternyata video tersebut berjaya membuatkan ramai ketawa sakan kerana gelagat spontan lelaki itu yang melatah sambil membuat tariannya sendiri.

Tetapi, ada juga yang berpendapat ianya tidak lawak kerana membahayakan nyawa jika dia pergi ke tengah jalan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 274.2K views, 23.1K likes dan 1.6K shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kita yang tengok dia melatah pula rasa penat. Bertabahlah ya bro :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: