seismik

[VIDEO] Viral Pengapit Perempuan 'Melatah' Sampai Melompat Macam Hantu Pocong. Lawak!

Kesiannya, tapi tipulah kalau tak gelak.

Cover image via @philipkondu (TikTok)

Tugas sebagai seorang pengapit adalah amat penting semasa hari persandingan untuk pasangan pengantin

Bukan saja duduk di sebelah dan mengipas pengantin semasa majlis sedang berlangsung, tetapi perlu menjaga pakaian serta solekan terutamanya pengantin perempuan.

Namun lain pula terjadi kepada wanita ini yang tular di laman sosial dia diusik ketika sedang memegang veil pengantin perempuan di waktu perarakan majlis persandingan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Melatah dan melompat macam hantu pocong selepas terkejut dengar bunyi mercun

Menerusi video yang berdurasi hanya 8 saat itu, kelihatan pengapit perempuan tersebut sedang fokus menjalankan tugasnya memegang veil pengantin semasa mereka berjalan ke arah pelamin.

Namun apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila dia terkejut dengan bunyi mercun yang kuat dipercayai sedang diprank oleh kawan-kawan lelakinya dan pantas melatah seperti hantu pocong sedang melompat.

"Kelakar teringat cerita hantu pocong cina. Tak nak gelak tapi tiba-tiba terhibur, tergelak jugak!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 913.4K tontonan, 39.5K tanda suka serta 2.3K perkongsian di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan pengapit itu yang melatah dan melompat seperti hantu pocong.

Namun ada juga yang kesian melihatnya kerana berpendapat kebanyakan orang kuat melatah sebenarnya menghadapi tekanan, anxiety dan insecure. Oleh itu, mereka menasihati supaya jangan mempergunakan kekurangan orang lain sebagai hiburan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Yang tukang kacau pun memang saja cari pasal kan, kesian akak pengapit tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: