seismik

"Lapar Tapi Ngantuk" - Makan Ayam Sampai Mengigau & Terlelap, Kanak-Kanak Ini Undang Tawa

Macam tu pun boleh dik!

Cover image via @elliza.razak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Telatah anak-anak yang kian membesar sememangnya dapat menghiburkan hati para ibu dan bapa

Ada saja perkara di luar jangkaan yang mereka lakukan sampai kadangkala si ibu dan ayah pun pening melayan.

Begitu juga dengan sebuah video yang tular di laman TikTok ini apabila gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang makan sambil tertidur mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Feeling makan ayam sebab lapar tapi dalam masa yang sama boleh terlelap

Menerusi video yang dimuat naik oleh Elliza Razak, kelihatan anaknya itu sedang menikmati ayam goreng di meja makan.

Apa yang lebih melucukan adalah dia dilihat begitu menikmati ayam goreng itu sambil matanya terlelap kerana mengantuk pada masa yang sama.

"Perangai kakak dengan adik sama je. Ngantuk tapi lapar, tapi ngantuk. Dari kecik tak ubah-ubah perangai Emmir anak mommy seketoi ni," kata ibunya.

"Ni ngantuk ke feeling makan ayam? Aku pun confuse haha" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat si kecil itu.

Malah, ada juga yang berkongsi situasi sama adik mereka yang makan dodol sampai tertidur dan sempat menyimpan makanan di pipi.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 142.6K views, 16.9K likes dan 388 shares di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alahai buat perangai betul kau ni dik, nasib baik comel tau! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: