seismik

Minta Air Untuk Orang Heartbroken, Ramai Tersentuh Cara Barista Starbucks Layan Gadis Ini

""They deserve a raise now" - Warganet.

Cover image via @surifalee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam hidup ini, sudah pastinya ada kenangan manis dan pahit yang kita akan semat dalam hati sampai bila-bila

Kadangkala, orang yang kita harapkan seperti keluarga dan kawan rapat tiada di sisi sewaktu kita sedang bersedih.

Pasti sukar untuk kita luahkan perasaan kepada orang lain terutamanya mereka yang tidak faham keadaan diri kita ketika itu bukan? Namun, sebenarnya strangers lebih memahami dan mampu memberi kata-kata semangat untuk mengubat duka itu.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis mendapat layanan sweet oleh barista Starbucks kerana sedang bersedih mencuri tumpuan warganet.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Minta barista cadang air yang sesuai untuk orang heartbroken, tak sangka dapat layanan istimewa sampai gagal tahan air mata

Menerusi video yang dimuat naik oleh @surifalee, kelihatan gadis itu sedang berada di dalam keretanya sambil meminta pesanan melalui drive-thru di Starbucks.

Pada mulanya, dia bertanya kepada barista itu "do you have like any suggestions untuk someone that just got her heartbroken?".

Apa yang membuatkan gadis itu terdiam adalah apabila barista Starbucks tersebut mencadangkan nama air untuknya sambil berkata "yang tu sesuai sebab dah manis, tu boleh tambah kemanisan dalam hidup you".

Pada akhir video, seorang lagi barista lelaki yang memberikan air kepadanya sempat bertanya jika keadaan gadis itu okay atau tidak dan berkata "jangan sedih-sedih, jelax je enjoy your drink okay?".

Ayatnya itu ternyata menyentuh perasaan gadis berkenaan sehingga membuatkan suaranya bergetar apabila "bye" kepada barista itu.

"Aww sweet, jap otw Starbucks tu nak mintak dipujuk. They are so nice, Starbucks should reward their staff!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 850.2K views, 184.8K likes dan 4.4K shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut tersentuh dan sedih selepas melihat video gadis berkenaan. Malah, ramai yang memuji barista Starbucks itu yang sangat memahami keadaan pelanggan dan sempat memberikan kata-kata semangat buatnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Respect dekat staff Starbucks ni, kita pun rasa sebak tengok cara layanan diaorang. Anyways, stay strong girl! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: