Menangis Cerita Pengalaman 'Dibenci' Guru, Video Gadis Ini Buat Ramai Dapat Relate
Korang pun pernah kena macam ni juga ke masa sekolah dulu?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pahit ketika berada di zaman persekolahan bukan?
Ada yang pernah kena buli, ada yang sering menjadi bahan usikan kasar rakan-rakan dan macam-macam lagi.
Namun, berbeza pula dengan pengalaman seorang gadis ini apabila dia menceritakan kisahnya yang pernah dibenci oleh guru menarik tumpuan ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pernah rapat dengan cikgu, tapi terjadi satu perkara sehingga membuatkan cikgu mula tak suka dengannya
Menurut perkongsian daripada Hawa Johanis, dia menceritakan tentang pengalamannya yang pernah rapat dengan seorang cikgu semasa di sekolah menengah.
Namun selepas berlaku satu perkara, cikgu itu mula tidak suka kepadanya dan memburuk-burukkannya di depan pelajar lain sehingga Hawa terlalu sedih dan tidak dapat menahan sebaknya.
"Waktu tu Ya Allah, hanya Allah je tahu macam mana perasaan saya. Balik tu memang saya menangis, saya malu dengan kawan-kawan saya even my family pun tak tahu pasal benda ni sebab saya ni jenis suka simpan," luahnya.
"Aku ingat aku sorang je pernah rasa. I feel you, sampai pergi sekolah pun tak nak" - Warganet
Sementara itu, video tersebut telah membuatkan ramai dapat relate dengan situasi Hawa dan turut berkongsi pengalaman sama semasa di sekolah dibenci oleh cikgu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 616.2K views, 122.4K likes dan 1.6K shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Sedih juga bila cikgu sendiri pandang rendah dekat kita. Tapi mungkin dia buat semua tu ada sebab :)