[VIDEO] Kongsi Pengalaman First Time Pergi Starbucks, 2 Gadis Ini Dikecam Netizen
Relax, jangan gaduh-gaduh.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sebut je pasal Starbucks, mesti ramai yang pernah ada masalah setiap kali nak order air mahal ini bukan?
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali pergi ke kedai minuman itu, sudah pastinya agak terpinga-pinga apabila berada di depan kaunter kerana tidak tahu air apa yang nak dipesan.
Begitu juga dengan dua orang gadis ini apabila video mereka tular di laman Twitter dan mencuri tumpuan netizen baru-baru ini selepas menceritakan pengalaman pertama mereka membeli air di Starbucks.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Mengadu air yang dipesan terlalu mahal kerana barista sengaja add on macam-macam
Menerusi perkongsian video daripada @malayrhapsody, kelihatan dua orang gadis meluahkan perasaan mereka selepas 'terkena' dengan barista Starbucks.
Menurut salah seorang daripada gadis berkenaan, itu merupakan kali pertama mereka pergi ke Starbucks dan semasa membuat pesanan, suara barista yang bertugas agak perlahan dan bertanya jika mereka ingin menambah apa-apa ke dalam minuman yang dipesan.
Oleh kerana tidak dapat mendengar suara barista itu dengan jelas, gadis itu hanya mengiyakan semua cadangan tambahan dan terkejut apabila melihat bil harga yang perlu dibayar mencecah hampir RM35 untuk satu air.
Video itu ternyata telah mencetuskan perdebatan antara netizen sehingga mencecah 893K views, 7.1K retweets, 12.6K likes dan 3.8K quote tweets di Twitter
Ada yang berpihak kepada dua orang gadis tersebut dan berpendapat bukan semua orang mampu nak beli air di Starbucks dan mereka sudah memberitahu itu kali pertama mereka ke kedai minuman tersebut.
Tetapi, ada juga yang menyalahkan gadis-gadis berkenaan kerana tidak meneliti menu terlebih dulu sebelum membuat pesanan dan sengaja play victim dengan menggunakan alasan first time ke Starbucks.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter: