seismik

Si Ibu Jenuh Tahan Geram Bila Anak Buat Hal Main 'Tudung Saji' Jadi Kura-Kura. So Cute!

Seronok agaknya duduk bawah tudung saji tu.

Cover image via @lizadarwisy87 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya banyak akal dan sentiasa menguji kesabaran ibu bapa untuk menjaganya

Namun, telatah spontan mereka itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati dan menghilangkan stres setelah seharian penat bekerja.

Tidak terkecuali dengan seorang kanak-kanak lelaki ini apabila videonya menjadi seekor kura-kura tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba menyorok bawah tudung saji dan mengengsot macam kura-kura

Menerusi perkongsian video daripada @lizadarwisy87 di akaun TikToknya dengan kapsyen "Ee geramnya aku", kelihatan anaknya yang dikenali sebagai Firas sedang berlakon menjadi seekor kura-kura.

Apa yang lebih menghiburkan adalah kanak-kanak lelaki tersebut menggunakan tudung saji ibunya sebagai cangkerang kura-kura dan merangkak perlahan seperti haiwan itu.

Perbualan antara Firas dan ibunya berjaya mencuit hati ramai kerana mulutnya yang petah menjawab bebelan si ibu.

Ibu: Eh Firas
Firas: Hm?
Ibu: Hang jadi apa tu?
Firas: Kura-kura
Ibu: Dua tiga saji aku pecah sebab hang, pergi simpan saji tu
Firas: Tak nak!
Ibu: Pergi simpan
Firas: Tak nak!
Ibu: Pergi!
Firas: Tak nak!
Ibu: Eh geram aku budak ni

Ramai yang meminta untuk melihat wajah Firas dan ibunya telah memuat naik video itu di bawah:

"Lah saya ingat kucing tadi, maaf abang auto gelak. Geramnya tapi comel! - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mendapat 271.5K views, 18.7K likes, 1.5K shares dan 1.7K comments di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel kanak-kanak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai macam-macam auta ya kau dik. Nasib baik comel, terus tak jadi nak marah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: