seismik

[VIDEO] Gelagat Budak Lelaki Ini Selamba Masak Sepaket Bawang Goreng Curi Tumpuan Warganet

Kuat drama ya dik!

Cover image via @fitria_hamsyah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak mana je yang tak suka buat sepah masa kecil bukan?

Dalam proses untuk membesar, kebiasaannya mereka memang suka membuat sepah sehingga kadang-kadang menduga kesabaran ibu bapa nak menjaga.

Tambahan lagi, bagi kanak-kanak lelaki, ada saja hal yang tidak terjangka mereka akan lakukan setiap hari.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang kanak-kanak lelaki menyepahkan satu plastik bawang goreng ibunya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@fitria_hamsyah

pening pening... bawang goreng 1 plastik dia pi masak

original sound - fitria hamsyah

Masak bawang goreng dalam kuali ibu sampai bersepah satu dapur

Menerusi perkongsian video daripada @fitria_hamsyah, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang main 'masak-masak' di dapur dan menyepahkan bawang goreng kepunyaan ibunya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila aktivitinya terkantoi dan ditegur oleh ibunya, dia pantas menangis seolah-olah seperti dimarahi teruk.

Aksinya yang seperti play victim membuatkan si ibu tidak jadi marah gara-gara kesian melihat drama spontan anaknya itu.

"Drama betul dia punya nangis, takut kena marah la tu" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini meraih 376.4K tontonan, 14.5K tanda suka dan 618 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat ragam comel si kecil itu.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa kanak-kanak itu sebenarnya kreatif dan bercita-cita nak jadi chef. Mungkin juga dia selalu nampak ibunya memasak di dapur, jadi dia pun nak mencuba.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alahai comel je perangai, tak tahu nak marah ke nak kesian. Naughty ya awak ni dik :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: