seismik

[VIDEO] Stress Dapat Pelamin Konsep Doraemon, Muka Tertekan Pengantin Ini Buat Ramai Dekah

Hilang terus deria senyum.

Cover image via @nenkthiashedenk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tipulah kalau setiap pasangan yang nak berkahwin tak ada pelamin idaman masing-masing bukan?

Perkahwinan hanya sekali seumur hidup, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari segi pakaian, pelamin, hantaran, dan majlis persandingan yang bahagia.

Namun, berbeza pula dengan sepasang pengantin baru di TikTok ini apabila raut wajah mereka ketika hari persandingan mencuri tumpuan ramai gara-gara pelamin berkonsepkan kartun animasi popular iaitu Doraemon.

Lihat video penuh itu di bawah:

Muka dua-dua tertekan macam hilang deria senyum masa sesi photoshoot

Menerusi video yang dimuat naik dari akaun Nenk Thia Shedenk, kelihatan pasangan pengantin yang memakai baju full set biru itu sedang bergambar di pelamin mereka yang berkonsepkan kartun Doraemon.

Tetapi apa yang menarik perhatian dan menghiburkan netizen adalah raut wajah mereka yang sangat serius seolah-olah tidak puas hati dengan sesuatu.

Ada juga yang menganggap mereka dipaksa kahwin oleh keluarga dan tidak suka pelamin bertemakan Doraemon tersebut.

"Majlis Nobita dengan Sizuka ke ni? Doraemon jadi bridesmaid. Muka penuh tekanan ya" - Netizen

Video kedua mempelai itu kini tular sehinga mencecah 6M views, 346.4K likes dan 23.6K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasakan mereka kena kahwin paksa kerana muka kedua-duanya nampak sangat tertekan.

Namun ramai juga yang terhibur melihat gelagat pengantin lelaki yang secara tiba-tiba salam tangan isterinya dan masih mengekalkan muka tak ada perasaan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adoi kelakarlah muka masing-masing, kot ya pun stress pelamin Doraemon jangan ketat sangat muka tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: