seismik

Ayah Bagi 'Green Light' Tanda Restu, Siap Post Gambar Bakal Menantu Dekat Status WhatsApp

Awhh comel je ayah dia, sporting teruk!

Cover image via @Tywerdsz_ (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan yang bercinta sudah pasti mahu akhiri hubungan dengan pertalian yang sah bukan?

Lebih-lebih lagi bila nak minta restu daripada ibu bapa, saat itulah yang paling memerlukan kesabaran dan effort yang tinggi.

Nak pikat hati bakal mak mentua selalunya tidak susah, tetapi lain pula dengan bakal ayah mentua kerana mereka lebih serius dan bukan senang nak terima seseorang itu menjadi menantu.

Namun, berbeza pula dengan ciapan yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang gadis memuat naik conversation bersama ayahnya di WhatsApp mencuri tumpuan ramai.

Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:

Ayah berkenan dengan boyfriend, siap puji melambung dan post gambar bakal menantu dekat status WhatsApp

Menerusi ciapan yang dikongsi oleh @Tywerdsz_, dia memberitahu mengenai gelagat ayahnya di WhatsApp yang seolah-olah memberi green light kepadanya untuk berkahwin.

Apa yang lebih menarik perhatian orang ramai adalah apabila ayahnya siap memuji teman lelakinya yang dikatakan sesuai menjadi menantu kerana pandai bahagikan masa kerja dengan hal peribadi.

"Tak pernah lagi aku kawan dengan mana laki ayah aku cakap macam ni sampai dia up status gambar bf aku. Siap screenshot dekat default picture bf aku ye," katanya.

Gadis itu sempat berkongsi rupa-rupanya ibunya juga sangat menyayangi teman lelakinya dan sudah dianggap seperti anak sendiri.

Ciapan tersebut viral sehingga meraih 3.8K retweets, 11.5K likes dan 468 quote tweets di Twitter

Rata-rata warganet turut menumpang gembira buat gadis itu dan mendoakan supaya urusan mereka dipermudahkan sehingga ke jenjang pelamin.

Malah, ramai yang berkata bukan senang seorang ayah nak menerima bakal menantu sampai macam itu sekali. Itu bermakna teman lelakinya benar-benar sudah memikat hati kedua ibu bapa gadis tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Untungnya tuan badan, ayah ibu dah restu. Senang nak discuss pasal kahwin pula lepas ni :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: